IKAN BAKAR !
Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung Melaka.
Tempat ini tidak perlu diperkenalkan kepada penggemar ikan bakar. Sebut sahaja Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong, andasudah dapat bayangkan kesedapan ikan bakarnya yang menajdi pilihan ramai.
Lokasi medan ini terletak betul-betul di muara Sungai Duyong. Kedai makan ini sememngany terkenal dan dikatakan terbaik dan tersohor di Melaka.Alamatnya pula di KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka.
Pelbagai menu seafood anda boleh pilih di sini. Antaranya seperti ikan siakap, ikan jenahak, kupang, sotong dan kepah. Sudah semestinya menu kesukaan kami adalah ikan jenahak bakar dan sotong.Sotong goreng tepungnya dan juga udang masak mentega pasti mengliurkan tekak anda.
Satu sahaja kurang menarik di sini. Anda perlu beratur sebanyak dua kali. Pertama adalah untuk mendapatkan meja. Kedua pula adalah untuk memesan ikan bakar. Boleh jadi penat jika beraturnya panjang. Tetapi kami percaya, nikmat apabila mendapat ikan bakar yang telah dipesan itu lebih jauh menarik dan mengubati kesabaran ketika beratur.
Di sini ikan dan menu lautnya segar. Mungkin kerana lokasi kedai ini yang terletak berdekatan dengan jeti. Jadi sudah semestinya stok ikan segar sentiasa sahaja ada.
Harga juga dikatakan berpatutan dengan masakan dan ikan yang diterima. Sebab itulah mungkin tempat ini semakin dikenali ramai. Servis juga dikatakan cepat walaupun terpaksa beratur sebanyak 2 kali.
Untuk sampai ke sana, di sini kami kongsikan koordinat GPS: Lat/Lng 2.174706,102.28884
MAPS
No comments:
Post a Comment